tragedi 7.00 malam

semasa perjalanan ke kuantan, Allah telah mentadirkan agar mata ini pejam sehinggalah terdengar jeritan kecil dari abang long yang sedang memandu..dari butir bicara bonda ayahanda dan abang long, ada sebuah kereta vios berwarna putih lalu di atas jalan raya bertentangan dengan kami sedangkan amatla mustihal kerana terdapat besi pembahagi jalan..abang long mengatakan bahawa kereta itu seolah-olah ingin memasuki jalan yang kami lalui..itu kata mereka tetapi apa yang diri ini lihat hanyalah sesuatu yang besar berwarna hitam dan tidak bergerak..bonda mengatakan kepada kami..andai benar itu kereta bagaimana dia boleh memasuki ke bahagian jalan kita..kami terdiam dan berfikir kemudian kami semua senyap sambil istighfar..abang long mengatakan bahawa jamnya menunjukkan jam 7.00 malam..diri ini diam tidak terkata..