kenangan oh kenangan

teringat pulak waktu umur lebih kurang 6 tahun..dulu waktu tadika mak selalu amik lambat sebab mak habis kerja petang jadi aku akan tidur sampai petang sebab nak tunggu mak..suatu hari ini, mak aku tak sampai lagi..tiba-tiba aku nampak kereta mak aku di depan tadika aku jadi aku terus pintu kereta dan naik..tiba-tiba aku baru sedar yang itu bukan kereta mak aku..

sebulan yang lalu

memang rindu yang amat dekat rumah sebab sebulan tak balik tapi even though tak balik masih ada kenangan yang berlaku..hari tu pergi kem pengawas asrama..memang best sangat..paling suka waktu dekat hutan terjumpalah pulak seorang hamba Allah yang bernama ...... dari kumpulan IN HEART (akademi nasyid).. tak sangka lah pulak..ditakdirkan pulak kitorang asyik bersembang dalam hutan tu..adalah bebrapa incident dalam hutan uh yang tak boleh diberitahu..haha

senang cerita dia jadilah tenaga pengajar kami..lepastu baru-baru ni lawan dan kalah..haha memang belajar konsep redha lah..abang tu cakap..korang lambat jumpa abang..aduhai lah...hahahah

hadis ke-2 dripd 40

 Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu. ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya. Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya. Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) : Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ? Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu

hadis pertama drpd 40

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

rahsia solat di awal waktu

Pada waktu subuh alam berada dalam spectrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuenci tairot yang memepengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya atau terlewat secara berulang kali lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Hal ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh thyroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum dalam erti kata lain iaitu terjaga dari tidur. Tairot merupakan kelenjar yang terletak di bahagian tengkuk, selalu menjadi punca begok. Begok tejadi disebabkan kekurangan air dalam badan. Di sini juga dapat kita cungkil rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermula sahaja azan subuh tenaga alam pada waktu itu berada di tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep rezoning pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi
Warna alam seterusnya, berubah ke warna hijau, untuk solat dhuha dan kemudiannya waktu kuning menandakan masukknya waktu zuhur. Spectrum warna pada waktt ini bersamaan dengan frekuenci perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Oleh itu, tengah hari wajarnya kita mengisi perut kita untuk bekalan tenaga separuh hari lagi. System penghadaman yang baik amatlah diperlukan ketika ini supaya setiap makanan yang dimakan tercena secara efisyen dan diserap oleh sel-sel dalam badan dan digunakan untuk menghasilkan tenaga.



Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren iaitu masuknya waktu asar dimana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuenci yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal asar akan hilang kretivitinya dan lebih malang lagi kalu di waktu asar ini jasad dan roh seseorang terpisah iaitu ketika sedang tidur. Jangan dilupa tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif. Organ-organ reproduktif merujuk kepada organ-organ unutk memastikan kemandirian speasies lantas meneruskan generasi. Prostet dan testis adalah organ lelaki. Diteruskan dengan ovari pula adalah organ kepunyaan wanita.


Menjelang waktu maghrib, alam berubah ke warna merah dan kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Mereka yang sedang berada dalam perjalan juga seelok-eloknya berhenti terlebih dahulu pada waktu ini untuk solat maghrib kerana banyak pembelawan berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Pada ketika inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan pada frekuenci otot, saraf dan tulang. 





Apabila menjelang waktu isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuencinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam ketika ini berada dalam kegelapan dan sebetulnya inilah waktu untuk tidur mengikut ajaran Islam. Tidur pada ketika ini dipangil tidur delta. Dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan berehat. 




 Selepas tengah malam, alam mula menyinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya warna ungu. Dimana ketika ini bersamaan dengan frekuenci kelenjar preamier, pituitary, thalamus dan hypothalamus. Tubuh sepatunya bangkit kembali ketika ini. Mengikut ajaran agama Islam, pada waktu ini dipanggil waktu qiamullail. Kelenjar preamier merembes hormon yang bertanggungjawab mengawal kitaran tidur dan jaga kita. Kelenjar pituitary dikenali sebagai master of indochrine orchestra iaitu pembimbing sistem hormon badan jika dalam perubatan. Fungsi kelenjar pituitary adalah memberi isyarat atau hormon kepada kelenjar thyroid dan kelenjar-kelenjar organ reproduktif agar kelenjar-kelenjar tersebut dapat menghasilkan hormonnya yang tersendiri. Kelenjar pituitary sangat kecil tetapi tugasnya amat besar. Sekiranya kita bangun sebentar pada waktu malam dan menunaikan solat tahajud, kita sebenarnya telah mengecas semula tenaga kelenjar pituitary ini.

adakah umat Islam menyembah ka'abah

Soalan yang selalu diajukan oleh orang yang bukan beragama Islam (adakah muslim juga menyembah batu?). Mereka berkata sedemikian rupa kerana kebanyakan mereka menyembah berhala dan mereka pula melihat bahawa umat Islam turut menyembah batu kerana Islam sembahyang berkiblatkan kaabah dan kaabah diciptakan daripada batu. Persoalannya adakah benar tanggapan mereka itu?
Sebelum dijelaskan jawapannya, rasanya elok lah kita adakan perbandingan di antara maksud “menyembah” (ibadah) dengan “mengadap” (tawajjuh).

Beribadah : Ialah melakukan sesuatu amalan kepada yang disembah dengan penuh harapan, takut, hormat dan penuh rasa rendah-diri di samping,dengan menjaga adab-adab dan disiplinnya, di masa yang sama, kita melahirkan keagungan dan kebebasan Yang Disembah (Ma’abud)

Mengadap : Mengarahkan dan menjuruskan muka dan seluruh anggota-badan kita ke satu arah iaitu kea rah hadapan kita.

Itulah definasi “menyembah” (beribadah) dan “mengadap” secara sepintas lalu.
 
Allah Ta’ala sebagaimana di dalam Surah al-Baqarah (ayat 149-150 ) tidak pernah menyuruh umat Islam MENYEMBAH Ka’abah dan selain Allah Ta’ala. Bahkan sebenarnya, hanya MENGHADAPKAN diri-diri mereka kearahnya. Kerana itu dinamakan Ka’abah itu sebagai KIBLAT iaitu (satu arah yang dihadapi). Ianya sebagai wasilah (alat) kita di dalam beribadah, bukannya “ghoyah” (matlamat) kita, kerana ghoyah kita adalah Allah Ta’ala. Pada awalnya umat Islam menghadap ke arah Masjid al-Aqsa, kemudian Nabi s.a.w. memohon agar dipilih Masjidilharam sebagai arah kiblat. Lalu Allah menerima harapan baginda. Maka pemilihan arah kiblat Allah adalah ketetapan Allah. Kita tidak menjadikannya seperti agama-agama berhala.

Dengan menjadikan kaabah sebagai kiblat secara tidak langsung merupakan SIMBOL kepada kesatuan umat Islam di seluruh Negara. Tidak kira seberapa jauh dipisahkan namun umat Islam tetap bersatu apabila beribadah kepadaNya dengan menjuruskan kesuluru tubuh-tubuh badan mereka ke arah Ka’abah mankala hati-hati mereka dijuruskan hanya untuk Yang Maha Pencipta.
Untuk memperkuatkan lagi hujah kita, kita boleh juga memetik kata-kata orang Tamil iaitu sesuatu yang dipijak tidak akan disembah dan sesuatu yang disembah tidak akan dipijak. Hal ini dapat kita buktikan bahawa sesungguhnya umat Islam tidak menyembah Ka’abah tetapi hanya pada Rabbul Jalil. Pada zaman Rasulullah s.a.w. Bilal bin Rabah tidak dilarang untuk naik serta berdiri di atas Ka’abah dan kemudiannya melaungkan azan sebagai panggilan kepada umat Islam agar beribadah kepadaNya. Begitu juga di dalam Kaabah tiada lingam yang mereka sangkakan sebab ia adalah hanya ruang macam bilik sahaja. Lingam ini bermaksud kemaluan lelaki dan wanita yang menjadi sembahan orang Hindu.

yaumul jumaah

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat.

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat  maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.