tasik penenang jiwa

termenung sejenak aku di pinggiran tasik darul quran kuala kubu baru..suasana yang tenang tanpa gangguan mampu menggugat perasaan..secara tak sedar air mataku menitis lagi untuk kali ini..aku teringatkan hadis yang mengatakan bahawa ibu bapa kepada anak yang menghafal al-quran akan dimahkotakan di akhirat..sesungguhnya itu yang inginku lakukan kerana kebaikan mereka memelihara, menjaga, mendidik, menyayangi diriku amat tinggi nilainya..jika hendak di hitung seberapa besar jumlahnya sudah tentu mencecah ratusan juta ringgit..malah lebih dari itu lagi..akanku mahkotakan dikau ayah dan bonda..insyaallah