adakah umat Islam menyembah ka'abah

Soalan yang selalu diajukan oleh orang yang bukan beragama Islam (adakah muslim juga menyembah batu?). Mereka berkata sedemikian rupa kerana kebanyakan mereka menyembah berhala dan mereka pula melihat bahawa umat Islam turut menyembah batu kerana Islam sembahyang berkiblatkan kaabah dan kaabah diciptakan daripada batu. Persoalannya adakah benar tanggapan mereka itu?
Sebelum dijelaskan jawapannya, rasanya elok lah kita adakan perbandingan di antara maksud “menyembah” (ibadah) dengan “mengadap” (tawajjuh).

Beribadah : Ialah melakukan sesuatu amalan kepada yang disembah dengan penuh harapan, takut, hormat dan penuh rasa rendah-diri di samping,dengan menjaga adab-adab dan disiplinnya, di masa yang sama, kita melahirkan keagungan dan kebebasan Yang Disembah (Ma’abud)

Mengadap : Mengarahkan dan menjuruskan muka dan seluruh anggota-badan kita ke satu arah iaitu kea rah hadapan kita.

Itulah definasi “menyembah” (beribadah) dan “mengadap” secara sepintas lalu.
 
Allah Ta’ala sebagaimana di dalam Surah al-Baqarah (ayat 149-150 ) tidak pernah menyuruh umat Islam MENYEMBAH Ka’abah dan selain Allah Ta’ala. Bahkan sebenarnya, hanya MENGHADAPKAN diri-diri mereka kearahnya. Kerana itu dinamakan Ka’abah itu sebagai KIBLAT iaitu (satu arah yang dihadapi). Ianya sebagai wasilah (alat) kita di dalam beribadah, bukannya “ghoyah” (matlamat) kita, kerana ghoyah kita adalah Allah Ta’ala. Pada awalnya umat Islam menghadap ke arah Masjid al-Aqsa, kemudian Nabi s.a.w. memohon agar dipilih Masjidilharam sebagai arah kiblat. Lalu Allah menerima harapan baginda. Maka pemilihan arah kiblat Allah adalah ketetapan Allah. Kita tidak menjadikannya seperti agama-agama berhala.

Dengan menjadikan kaabah sebagai kiblat secara tidak langsung merupakan SIMBOL kepada kesatuan umat Islam di seluruh Negara. Tidak kira seberapa jauh dipisahkan namun umat Islam tetap bersatu apabila beribadah kepadaNya dengan menjuruskan kesuluru tubuh-tubuh badan mereka ke arah Ka’abah mankala hati-hati mereka dijuruskan hanya untuk Yang Maha Pencipta.
Untuk memperkuatkan lagi hujah kita, kita boleh juga memetik kata-kata orang Tamil iaitu sesuatu yang dipijak tidak akan disembah dan sesuatu yang disembah tidak akan dipijak. Hal ini dapat kita buktikan bahawa sesungguhnya umat Islam tidak menyembah Ka’abah tetapi hanya pada Rabbul Jalil. Pada zaman Rasulullah s.a.w. Bilal bin Rabah tidak dilarang untuk naik serta berdiri di atas Ka’abah dan kemudiannya melaungkan azan sebagai panggilan kepada umat Islam agar beribadah kepadaNya. Begitu juga di dalam Kaabah tiada lingam yang mereka sangkakan sebab ia adalah hanya ruang macam bilik sahaja. Lingam ini bermaksud kemaluan lelaki dan wanita yang menjadi sembahan orang Hindu.