buah keranji

 
sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
suruh makan saya makan
suruh mengaji saya tak tahu


tiba-tiba sahaja rasa macam nak pos tentang buah keranji..mesti ramai yang tak tahu macam mana rupanya kan..untuk pengetahuan umum terutama teman-teman(4angsana 2010) yang dalam plastik itu lah yang dipanggil buah keranji..teringat waktu di kuantan..sebelum makan tengah hari kami ssekeluarga singgah di sebuah gerai..aku rasa tertarik dengan buah itu lalu bertanya kepada bonda..bonda menjawab itulah buah keranji..apalah tak tahu..mak cik yang jual tu senyum je..aku pun cakaplah buah keranji dalam perahu..tiba-tiba mak cik tu jawab..sekarang ni semua buah keranji dalam plastik..dah tak ada dalam perahu..aleh-aleh semua gelak..apa-apa je lah mak cik