rakan teman sahabat

bercakap tentang rakan teman dan sahabat..masing-masing mempunyai maksud yang tersendiri..jika pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, sahabat adalah sesiapa yang pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w..kini sahabat diertikan dengan sesiapa yang rapat dengan kita..memahami diri kita..susah dan senang bersama kita..berkongsi segala-galanya..jangan disangka orang yang baru kita kenal sehari dua itu baik..


1 rajin 2007..2 rajin 2008..3 rajin 2009..4 angsana 2010..5 angsana 2011
merekalah rakan
merekalah teman
merekalah sahabat
pernah tinggal sebumbung..tidur sekatil sebantal..makan sepinggan secawan..suka dan tawa bersama..kecewa dan menangis bersama..kami ceria, gembira, sedih, sakit, takut..semuanya kami alami bersama..di hostel ini semuanya bergantung kepada kawan..mengenali mereka lebih dari 3 tahun adalah memori yang terindah dalam hidupku..kebisingan mereka menghiburkan hati..tidak lama lagi kami bakal menghadapi spm dan selepas itu masing-masing akan membawa diri..aku yakin dan percaya bahawa kami akan berpecah ke serata dunia untuk menuntut ilmu dan sebagainya..aku berharap ukhuwah ini akan kekal selamanya walau tidak lagi bersua muka..biar jauh di mta tapi dekat di hati..satu sahaja pesananku teman..jagalah maruah dirimu walau di mana dikau berada..uhibukki fillah abadan abada..