mahligaiku diselaputi salji

salji turun dengan lebatnya sehingga menutup mahligaiku yang tersergam indah di balik pepohonan kasih sayang yang merimbun..salji kali ini bukan seperti dahulu yang bisa menyejukkan mata memandang dan juga yang bisa menggembirakan kanak-kanak berkejar-kejaran sambil membaling segumpal ais..salji kali ini membuatkan aku dan yang lain tidak bisa keluar rumah dek kerana salji itu terlalu tebal..kesejukan yang mengcengkam hingga ke tulang sum-sum..kesabaranku dan adik beradikku amat teruji tatkala ini..salji terus membeku..kami masih bersabar dan terus bersabar sehinggalah ais yang membeku itu akan mencair dan akan menggembirakan kami dan menyuburkan kembali kasih sayang di mahligaiku..