qalbi

kenapa kau masih ingkar pada iman dan harus tunduk pada nafsu sedangkan nafsu itu hanyalah berpura-pura semata-mata..seharusnya kau harus ingkar pada nafsu dan taat perintahNya..namun apakah yang telah kau lakukan ya qalbi..dirimu dikatakan baik apabila di isi dengan takwa, tawakal, tauhid dan ikhlas kepadaNya..apabila sifat-sifat ini tidak ada padamu bermakna dirimu telah rosak ya qalbi..dirimu ibarat burung dalam sangkar, biji dan kelopak dan juga harta dalam gudang..ingatlah ya qalbi.."dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu maka dari Allah-lah datangnya" An-Nahl ayat 53..sabda Rasulullah s.a.w. dalam diri anak Adam ada segumpal daging..bila ia baik, akan baiklah seluruh jasadnya..ingat..ia adalah hati