merana jiwa

IC aku merajuk sebab aku kurung dia di rumah sedangkan dia mahu bebas di luar sedangkan minggu lepas berturut-turut aku bawak dia pergi jalan sampailah hari ahad aku bawak dia pergi beli belah di pasar tani..pagi tadi aku dah mencari dia seluruh bilik tapi ternyata dia dah hilang..memandangkan sekarang ramai orang jahat jadi aku khuatir kalau dia diculik jadi aku dan ayahndaku ke balai polis membuat laporan tentang kehilangannya..pertama kali nama aku ada dalam rekod polis..yang penting aku dah kasi block IC tidak mengenag budi tu..penat JPN Maju Junction lahirkan dia dan aku membesarkan dia 3 tahun 3 bulan lebih..sanggup dia lari dari rumah..geramnya..cuainya aku jaga dia..dia dah lah budak lagi so bersih dari sebarang kotoran kerana budak itu ibarat kain putih..habislah kalau orang jahat nak culik dia mesti dorang gunakan untuk membuat pelbagai pinjaman..aku cuma khuatir jika aku dapat surat dari pihak bank yang mengatakan aku sudah muflis..oh tidak..sekarang terpaksalah aku suruh JPN Wangsa Melawati lahirkan IC baru untuk aku sebab aku tidak bisa melahirkan IC..harap-harap IC kali ini lebih baik dari IC lama..kalaulah dia balik ke rumah..aku akan lenyapkan dia dari muka bumi ini..padan muka..